Thursday 28 June 2012

PRODUK IN-STOCK !!

Berikut adalah produk in-stok ibu, jadi sesiapa yang nak, insyallah ibu boleh post terus sejurus menerima pembayaran daripada anda. 

 KURMA NABI @ AJWA ( HOT ITEM !! )

1/2 kg = RM 65
1 kg = RM 120

KURMA BADAM

1 kotak RM 20

KURMA GAJUS

1 kotak RM 20

KURMA WALNUT

1 kotak RM 20 

CHOCODATE

1/2kg = RM 40
1kg = RM 78 (+/-95 biji )

 KACANG TUMBUK

1 kg = RM 35 (+/- 80 biji)

DADIH SEGERA ( PRODUK MUSLIM ) 
disahkan HALAL oleh JAKI
( sekotak 440g )

1 kotak = RM 12 -----> SOLD OUT !!

Perasa : Mangga, Cappucino, Keladi, Jagung ( available ) 
Coklat, Strawberry, Vanilla ( pre-order )

Ini adalah produk in-stock ibu. Tapi sampai bila ada ibu tak berani janji sbb nak masuk Ramadhan ni penjualan sangat memberansangkan. Kalau 'sold out' ibu akan inform. Siapa yang bebetul nak, sila cepat ye :) 

Untuk produk selain daripada di atas, sila email kepada nosaka.enterprise@gmail.com untuk maklumat lanjut. Biasanya in-stock ibu tak simpan banyak. Kebanyakan produk lain ada di warehouse dan ibu perlu check dulu. Jadi kalau nak seperti kekacang, dried fruit dsb. sila email ye. 

KOS PENGHANTARAN
  • Disebabkan kami menjual secara online, kami terpaksa mengenakan cas penghantaran kepada pelanggan.
  • Kos penghantaran adalah RM 10 untuk 2 kg pertama menggunakan pos biasa (parcel)
  • Penghantaran biasanya mengambil masa 3-5 hari. Untuk pembelian melebihi 2kg, kami akan bagi sebutharga berdasarkan berat barang yang anda pesan. 
  • Walaubagaimana pun, kami akan cuba sedaya upaya untuk mengurangkan kos penghantaran bagi mengurangkan beban anda. 
  • Penghantaran menggunakan pos laju adalah by request drpd pelanggan dan kos tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.  ( 2kg pertama --> RM 13 )
  • Tiada penghantaran percuma kecuali dinyatakan oleh pihak syarikat. 

Terima kasih semua :)

Minimum order diturunkan :)

Ada yang kata minimum order 5 kotak mahal sangat. Jadi, ibu kurangkan minimum order untuk kurma badam, kurma walnut, kurma gajus ni kepada 3 kotak sahaja per order ye ! Berikut harganya :-



1 kotak = 400g ( +/- 60 biji )
Harga 1 set = RM 60 ( 3 kotak boleh campur ) 

Harga tidak termasuk kos penghantaran ye. Sila lihat terma dan syarat penghantaran di sebelah. :)




Saturday 23 June 2012

Chocodate pulak !!

Assalamualaikum wrt,

Di sini ingin saya war-warkan produk baru masuk kedai .. produk paling DELICIOUS + MARVELOUS .. RECOMMENDED !! Sebab ape ?? Sebab memang sedapppp .. kurma badam dibaluti coklat enakkk ..


Kurma Chocodate Bulk
  
1/2kg = RM 40
1 kg =  RM 78
1kg  +/-95 biji
Sape nak sila email ke nosaka.enterprise@gmail.com 
Ada lagi barang mau keluar ... tungguuuuuuuu !!! :)

Tuesday 19 June 2012

Dadih Segera ( Produk Muslim )

 Produk terbaikkk yang ingin ibu recommend pada sahabat-sahabat semua. Insyallah tak menyesal.

Kenapa anda kena beli produk ini :-

1. Dibuat oleh orang Islam, dan mendapat pengiktirafan halal oleh JAKIM. ( Kebanyakan gelatin/ serbuk agar2 / serbuk jeli dipasaran adalah diragui kehalalannya )

2. Sangat sedap dan tidak begitu manis. Isi kandungan ( serbuk susu, gula, gelatin dan perasa )

3. Sumber kalsium untuk anak-anak anda. Sediakan snek sihat utk anda. :)

4. Ringkas dan mudah disediakan. Cuma panaskan 2 liter air dan masukkan serbuk campuran. SIAPPP !! ( Sesuai bagi ibu-ibu yang sentiasa sibuk tetapi ingin menyediakan sesuatu yang mudah dan sihat untuk anak-anak )

PROMOSI PENGENALAN !!!


Pics ni ibu ambil sebelum beku, sbb tu berbuih-buih tu.. :)

Harga : Sekotak RM 12 R M10

Perasa : Mangga ( hot item ! ), jagung, coklat, cappucino, keladi

Sekotak boleh dapat 15 bekas dadih yang besar.


Stok baru lagi

Alhamdulillah ni ibu baru gi ambil stok lagi memandangkan sambutan yang sangat-sangat menggalakkan. Stok di warehouse semakin berkurangan. Aduhai, sempat ke sampai Ramadhan ni. Anyway, bagi yang berminat nak beli sila email ye.

KURMA BADAM


 
 KURMA GAJUS

 KURMA WALNUT



Minimum order 5 kotak 

RM 120 / 5 kotak 

RM 100 / 5 kotak 

Beli 10 kotak --> FREE DELIVERY !! 
( Promosi sah untuk stok terbaru ni je ye. Habis ni, habis lah ) 

 LATEST UPDATE ----> STOK UTK FREE DELIVERY DAH HABIS. MAAF YE !!


Cepatttttt .. sebelum kehabisan stok 

Sesuai sebagai buah tangan balik kampung. Nak bagi ibu ayah, pakcik, makcik, atok, opah. Packaging sangat menarik. Pasti yang menerima pun teruja. 

Ramai juga pelanggan yang minta ibu POST DIRECT ke kampung halaman mereka. Don't worry, tiada masalah. Just email ibu untuk maklumat lanjut.

Sunday 17 June 2012

Stok semakin berkurangan. Sape cepat dapat !

Alhamdulillah nampaknya ada sambutan juga produk yang ibu cuba pasarkan. Kurma nabi masih ada stok setakat ni. Tapi ibu tak berani janji. Rasanya dalam seminggu dua lagi boleh habis nampak gaya. Kalau habis, kena tunggu LEPAS RAYA la pulak ye.

 Stok kurma ajwa yang baru dikeluarkan dari 'cold room' aka peti sejuk warehouse kat tempat ibu ambil. Sangat fresh .. Stok pada ibu semua stok baru, takde simpan lama-lama punye.

Kurma Nabi @ Ajwa  ---> 1kg = RM120

Maaf semua. Buat sementara waktu, kacang Pistachio dah OUT OF STOCK !!
Sape nak, sila tanya ibu directly. Ibu boleh usahakan, kalau ada rezeki .. alhamdulillah.

Pistachio --> 1kg = RM 50

**********************************

PRODUK BARU : DADIH SEGERA BUATAN MUSLIM 
Disahkan HALAL oleh JAKIM. 


Ada 5 perasa : Mangga, jagung, coklat, cappucino, keladi

Seriesss memang sedap sangat. Tak manis sangat. Yang penting halal. Yesss betul, gelatinnya HALAL. Susah sangat nak dapat gelatin halal di pasaran. Alhamdulillah ada jugak orang kita nak buat dadih ni. Dan ibu sangat suka sebab ibu dapat sediakan snek berkhasiat untuk anak-anak ibu daripada produk Muslim yang diyakini Halal. Ibu jarang buat dadih sebab kesusahan mencari serbuk dadih buatan Muslim. Kalau yang kat supermarket tu mmg ibu tak pernah beli sebab tak yakin. Memang JAKIM dah sebut 95% gelatin di pasaran dikhuatiri keHALALannya. 

Senang buatnya. Dah siap ada susu, gula dan perasa. Cuma panaskan 1.5liter air. Tuang serbuk campuran tu. SIAPPP !! Boleh dapat 15 bekas dadih yang besar tu. 

Ibu tak tipu, memang sedap. Kalau tak sedap, ibu tak recommend. Sapa nak boleh email ibu ye :)


Gambar ni ibu ambil sebelum beku, tu sebab berbuih-buih tu .. hehe

1 kotak = RM 12 RM 10

( Beli la 10 kotak, free delivery !! )

Terima kasih semua :)

Tuesday 12 June 2012

Promosi Kurma Ajwa

Assalamualaikum wrt.

Promosi kurma ajwa masih berlangsung ye. Berikut adalah harganya


0.5kg = RM 65
1 kg = RM120

Cepat ye, sementara belum kehabisan stok. Dah dekat bulan puasa ni. Jom la ramai-ramai jadikan kurma stok sedia ada di rumah. Sekarang ni pun ramai yang tengah pulun kumpul pahala puasa sunat kan :) Ibu pun tgh usaha. Insyallah istiqamah. Ganbare ibu !!

Saturday 9 June 2012

Almond Dates

Hot item !!

Sangat sedap kurma ni ye. Produk yang jarang-jarang ditemui. Dedekat Ramadhan ni keluar pulak. Produk ni dicari-cari oleh mak saya hari tu. Alhamdulillah ada juga akhirnya.Selamat membeli belah.




Produk :
  • Kurma Badam
  • Kurma Gajus
  • Kurma Walnut 
Sekotak 400g. Minimum order 5 kotak ( boleh campur ye! ) 

RM 120 RM100 / 5 kotak

Sesuai untuk gift, sedekah di bulan mulia, buah tangan untuk kawan, sanak-saudara dan sebagai snek sihat untuk anak-anak. 

Anak saya suke, sedap dia kata :)

Kurma Chocodate Promosi 2012

Chocodate ni adalah badam yang bersalut kurma dan chocolate. Bagi yang tak berapa gemar kurma, dengan chocodate ni, insyallah boleh jadi suke dangan kurma Bagi anak-anak makan pun bagus juga daripada makan jajan atau pun gula-gula yang mengandungi terlalu banyak gula tu kan..




Kurma Chocodate Bulk

1 kg =  RM 78


Friday 8 June 2012

Promosi promosi promosi !!!

Sempena pembukaan kedai online ni wahai kawan-kawan, banyak lagi stok baru akan masuk kedai. Sila tunggu ye. Insyallah dalam esok lusa ibu akan update. Bukan setakat kurma ye. Ada macam-macam jenis kacang, kismis dan buah-buah lain. Insyallah esok nak gi tgk warehouse. Tunggu ye !!

Siapa yang ade request nak buah-buahan selain dari yang ibu masukkan di sini pun boleh ibu usahakan insyallah. Jadi jangan segan-segan sila email ke nosaka.enterprise@gmail.com.

PROMOSI PEMBUKAAN KEDAI ONLINE

Ajwa ( Best Grade ) 

1/2kg = RM75  RM 65
1kg = RM150  RM 120

Kacang Pistachio : Promosi Pembukaan !!!

Promosi dibuka untuk semua sahabat. Kacang pistachio roasted ni sangat fresh dan rangup. Memang sedap. Sekali kunyah memang susah nak berhenti. Tapi takpe la sebab ibu jual murah. Habis, boleh beli lagi. Cepat ye. Selagi stok masih ada.




HARGA PROMOSI SEMPENA PEMBUKAAN KEDAI ONLINE !!

1kg = RM60 RM 50

Sape nak sile cepat sbb stok dah tak berapa banyak.


Sumber : Berita Harian

Hikmah berbuka dengan kurma, air

Oleh Endok Sempo M Tahir

KURMA adalah buah yang berkat, Rasulullah SAW mewasiatkan kepada kita untuk memulakan sesi berbuka puasa dengannya.

Daripada Salman ibn 'Aamir, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkah, kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Daripada Anas: “Sesungguhnya Nabi berbuka puasa dengan beberapa ruthab (kurma basah dan segar yang baru dipetik dari pokok) sebelum solat Maghrib, kalau tidak ada ruthab, maka beliau berbuka dengan tamar (kurma kering), jika tidak ada, maka dengan meneguk beberapa tegukan air putih.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
Mesti ada hikmah di sebalik sunnah.

Beberapa kajian perubatan dan sains menunjukkan bahawa kurma memberikan banyak manfaat untuk kesihatan fizikal mental dan kerohanian.

Ketika seseorang berpuasa hendak berbuka, organ tubuhnya bersiap sedia, organ pencernaan mulai aktif semula, khususnya perut kosong yang perlu diberikan sesuatu yang lembut dan halus.
Orang berpuasa sehari suntuk, serba keletihan memerlukan makanan pemberi tenaga yang mudah dicerna, juga air yang boleh menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Makanan paling cepat untuk dicerna dan sampai ke darah adalah nutrien glukosa atau sukrosa (gula sihat). Tubuh kita memang mampu menyerap dengan mudah dan cepat gula itu hanya dalam beberapa minit, terutama dalam keadaan perut sedang kosong.

Andainya kita mencari makanan yang mempunyai dua fungsi sekali gus seperti di atas, menghilangkan lapar dan dahaga serta nutrien pemberi tenaga dalam satu hidangan, kita tidak akan berjumpa makanan lebih baik daripada apa diperintahkan oleh sunnah nabawiah ini.

Sunnah Nabi ini memerintahkan kepada orang yang berpuasa supaya berbuka puasa dengan nutrien gula yang manis, sekali gus kaya dengan kandungan air (ruthab) atau tamar (kurma kering).

Berdasarkan kajian kimia dan fisiologi Dr Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, data berikut diperoleh.
Memakan ruthab dan atau tamar ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan.

Penyakit anemia (kurang darah) akan berkurangan dan tubuh tidak pucat, malah menjadi lebih ghairah.

Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam ruthab dan tamar yang banyak itu menjadikan proses mencerna dan menyerap di dalam badan sangat mudah.

Jadi, seorang yang berpuasa itu tidak perlu meminum air dalam jumlah yang banyak ketika berbuka.

Minum air yang berlebihan untuk menghilang dahaga kerana berpuasa sehari menjadikan badan lebih letih, perut lebih berat. Ia semua boleh mengganggu keselesaan untuk melakukan ibadah solat Maghrib dan Tarawih.

Wednesday 6 June 2012

Promosi Kurma Ajwa @ Kurma Nabi 2012

Assalamualaikum wrt,



Berikut adalah harga promosi untuk Ramadhan 2012 bagi kurma Ajwa atau lebih dikenali dengan nama Kurma Nabi.

0.5kg = RM65
1.0kg = RM120

Kos penghantaran menggunakan POS LAJU ialah RM10 untuk 2 kg pertama dan tambahan RM1 untuk setiap kg berikutnya. 

Sila email nosaka.enterprise@gmail.com untuk pembelian lebih 5kg untuk mendapatkan harga yang lebih istimewa :)